Jabatan Pendidikan Negeri Johor 4.02

Wisma Pendidikan, Jalan Tun Abdul Razak
Johor Bahru,

About Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Jabatan Pendidikan Negeri Johor Jabatan Pendidikan Negeri Johor is a well known place listed as Government Organization in Johor Bahru , Education in Johor Bahru ,

Contact Details & Working Hours

Details

Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Sekolah Melayu pertama dibina pada tahun 1840 iaitu Sekolah Melayu Kg. Gelam dan Teluk Belanga (1846) atas minat yang tinggi ditunjukkan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Temenggong Ibrahim (1825) dan Temenggong Abu Bakar (1862)

DYMM Temenggong Abu Bakar yang belajar dari mubaligh Inggeris Kaesbearry telah mengusahakan persekolahan Melayu & Inggeris - dengan teratur mengikut warkah baginda pada 9hb. Mac 1885 kepada Gabenor Selat, diikuti oleh enakmen pada 1hb. Jun 1902 bagi persekolahan kanak-kanak 7 tahun.

‘Johor Free School’ diasaskan oleh Maharaja Abu Bakar pada tahun 1864 di mana kedua-dua aliran Melayu & Inggeris di bawah satu bumbung. ‘English School Johor Bahru’ direkodkan berjalan pada tahun 1883. Kemudiannya English School Muar (1912), Johor Agriculture School (1885) dan Johor Technical School (1895).

Dari punca ‘Singapore & Straits Director’ (SSD) 1883 Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah wujud di bawah kelolaan Dato’ Munsyi Ibrahim (Dato’ Bentara Dalam) untuk menguruskan 5 buah sekolah (1883, 1885 dan 1887). YAM Ungku Mohd. Khalid (1901), Dato’ Mohamed Mahbob (1913) bersama J.R. Thomson (1918) di mana struktur Daerah Muar, Johor Bahru dan Batu Pahat telah diwujudkan. Jawatan Nazir Sekolah Melayu diwujudkan pada 21 Disember 1928 di Muar.

Dari tahun 1887-1913 Jawatan Ketua Pelajaran dipanggil ‘President’ di mana Dato’ Munshi Ibrahim adalah Pemegang Pertama. ‘Superintendent Of School’ (1895-1984) digunakan bagi mengganti ‘Secretary of Education Dept’ yang disandang oleh Mohd. Khalid Bin Abdullah. Hj. Ismail Bin Hj. Sulaiman pada tahun 1916-1926 di tukar jawatannya kepada ‘Officers in charge of Malay School’.

H.A.R. Cheesemen memulakan jawatan sebagai ‘Superintendent of Education’ pada tahun 1928. Selepas beliau sehingga tahun 1953 jawatan tersebut disandang oleh 14 orang. ‘Chief Education Officer’ bermula dari F.T. Laidlaw, hingga 1964 dengan 6 orang penyandang, berpejabat di Bukit Timbalan.

Ketua Pegawai Pelajaran bermula pada 1964 berpejabat di Jalan Nong Chik dengan En. Tan Teik Beng diikuti dengan 6 orang penyandang. Pengarah Pelajaran Johor yang pertama tahun 1971 ialah En. Ahmad Bin Haji Salleh yang berpejabat di Jalan Larkin, Johor Bahru. Selepas beliau terdapat 21 orang penyandang jawatan tersebut.